SEBAHAGIAN daripada burung yang dilindungi dirampas Perhilitan Negeri Sembilan di rumah seorang penduduk di Felda Palong Gemas. FOTO IHSAN PEMBACA
SEBAHAGIAN daripada burung yang dilindungi dirampas Perhilitan Negeri Sembilan di rumah seorang penduduk di Felda Palong Gemas. FOTO IHSAN PEMBACA
Mohd Amin Jalil


Seremban: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 15 burung pelbagai spesies di sebuah rumah dipercayai peneroka di Felda Palong Gemas, dekat sini, semalam.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, hasil pemeriksaan ke atas rumah penduduk terbabit pihaknya menjumpai pelbagai spesies hidupan liar, termasuk spesies dilindungi.

"Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui 15 burung membabitkan burung daun, murai batu, kelicap kunyit, bayan puling dan serindit.

"Pemeriksaan ke atas seorang lelaki tempatan berusa 40-an itu mendapati dia tidak mempunyai dokumen sah atau permit daripada Perhilitan untuk menyimpan atau membela hidupan liar dilindungi.

"Susulan itu, semua burung dirampas dan dibawa ke pejabat Perhilitan di Seremban dan lelaki terbabit turut disoal siasat," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 3:28 PM