KEADAAN bandar Ipoh lenggang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO arkib NSTP
KEADAAN bandar Ipoh lenggang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sebanyak 576 kompaun dikeluarkan terhadap orang ramai termasuk pemilik premis perniagaan di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 13 Januari sehingga 21 Januari lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya juga sudah mengeluarkan sebanyak 169 kompaun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 22 Januari lalu sehingga semalam.

Katanya, hasil pemantauan mendapati tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB adalah 96 peratus, manakala 97 peratus pula pada PKP ini.

"Pemantauan dilakukan untuk memastikan pemilik premis perniagaan dan orang ramai mematuhi SOP selain memberi peringatan agar sentiasa mengamalkan norma baharu.

"Polis juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan kawalan kendiri dengan baik dengan menjadikannya sebagai amalan harian bagi mengekang jangkitan virus Covid-19," katanya menerusi sesi Wawancara Bersama Perak FM, di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pihak polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun sekiranya orang ramai sengaja dan gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 5:17 PM