MIOR Faridalathrash (dua kanan) mendengar taklimat anggota bomba di Batu Gajah berhubung operasi mencari Ahmad Amin Ismail, 58, yang dihuatiri lemas selepas terjatuh longkang di Lebuh Persiaran Klebang 11, Khamis lalu. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
MIOR Faridalathrash (dua kanan) mendengar taklimat anggota bomba di Batu Gajah berhubung operasi mencari Ahmad Amin Ismail, 58, yang dihuatiri lemas selepas terjatuh longkang di Lebuh Persiaran Klebang 11, Khamis lalu. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Batu Gajah: Polis tidak mempuyai kuasa untuk membatalkan kompaun yang dikeluarkan terhadap individu yang didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergrakan (PKP) dalam usaha mencegah pandemik Covid-19.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bidang kuasa untuk pembatalan kompaun itu termasuk rayuan tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Pegawai Kesihatan Daerah.

Beliau berkata, polis mahupun agensi lain hanya diberi kuasa mengeluarkan kompaun pelanggaran SOP berkenaan melalui Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

"Jika terdapat individu tidak berpuas hati apabila dikompaun umpamanya kerana mendakwa tidak melakukan kesalahan, mereka boleh membuat rayuan di PKD. Kuasa menentukan sama ada individu itu bersalah atau sebaliknya terletak pada PKD serta mahkamah.

"Jika masih tidak berpuas hati dengan keputusan PKD, PKD berkuasa untuk mengeluarkan suatu tarikh kepada individu berkenaan supaya hadir ke mahkamah dan boleh menuntut agar perbicaraan diadakan," katanya.

Mior Faridalathrash berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan netizen kononnya polis boleh membatalkan kompaun mengikut Akta 342 yang dikeluarkan atas budi bicara sendiri.

Ia susulan hantaran tular di media sosial mengenai kompaun yang dikeluarkan oleh Balai Polis Tambun di Ipoh terhadap seorang pekerja kedai makan di Tambun yang tidak memakai pelitup muka dengan betul dalam operasi di premis itu yang mahu ditutup selain ketiadaan pelanggan di waktu itu.

Katanya, berikutan itu polis menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai perkara yang dikongsi melalui media sosial selain memanjangkan isu terbabit tanpa mengetahui perkara sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 6:24 PM