GAMBAR sekatan jalan raya. FOTO arkib NSTP
GAMBAR sekatan jalan raya. FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Polis akan mengadakan 16 sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 tengah malam ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, SJR itu diadakan susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP) terhadap negeri bersasar selama 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin semalam.

"Di samping itu, sebanyak 352 pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan bagi tujuan berkenaan.

"Kedua-dua penugasan ini membabitkan sejumlah 1,113 orang pegawai dan anggota polis di seluruh negeri setiap hari," katanya melalui satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, semua pihak dinasihatkan supaya mematuhi setiap SOP dan peraturan yang sudah ditetapkan.

"Kerjasama dan kawalan kendiri daripada masyarakat sangat penting dalam memerangi pandemik Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 7:25 PM