PENAMPANG 18 JANUARI 2021. Petugas kesihatan yang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sentiasa memantau kesihatan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Rumah Kelab Kompleks Sukan, Penampang, 18 Januari lalu. FOTO MALAI ROSMAH TUAH

Yun Mikail

Kota Kinabalu: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa terjejas banjir di Sabah tutup sepenuhnya petang ini.

PPS terakhir yang ditutup adalah Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di daerah Beaufort sekitar jam 2.15 petang tadi.

Terdapat 52 mangsa membabitkan 14 keluarga berada di PPS berkenaan sehingga jam 12 tengah hari.

Selain itu, PPS Dewan Kampung Song-Song di Kota Belud turut ditutup dan semua penduduk terjejas sudah pulang ke rumah masing-masing.

Terdahulu, seramai 94 mangsa banjir daripada 22 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Beaufort serta Kota Belud setakat jam 8.30 pagi hari ini.

Jumlah berkenaan kekal sejak malam tadi selepas banyak PPS di beberapa daerah mula ditutup petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 6:14 PM