GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nor 'Asyikin Mat Hayin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan vaksin Covid-19 memperoleh sijil halal.

Pensijilan ini diperoleh daripada Halal Certification Services Chongqing (HCS) adalah Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Nombor sijil halal diperoleh vaksin itu ialah 2019ILC/L-056052820).

Pengesahan perolehan sijil itu didedahkan dalam soalan lazim terbitan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM.

Vaksin Covid-19 yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan dari China, bakal menjalani kajian Klinikal Fasa 3 di sembilan hospital di negara ini bermula 21 Januari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 9:02 PM