TENGKU Razaleigh ketika melawat masjid baharu Gua Musang baru-baru ini. FOTO Ramli Ibrahim
TENGKU Razaleigh ketika melawat masjid baharu Gua Musang baru-baru ini. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim.

Gua Musang: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau menerima keputusan ujian saringan Covid-19 beberapa jam sebelum itu dan terus dikejarkan ke PPUM untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Perkara itu disahkan kerani di pejabatnya di kediaman pemimpin itu di Kuala Lumpur ketika dihubungi petang ini.

Semalam, pegawai peribadi Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Abdu Ghani juga disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Turut disahkan positif Covid-19 pada 11 Januari lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Adun Nenggiri, Ab Aziz Yusoff.

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Asmawi Fikri Ab Ghani dan Timbalan Ketua Wanita Umno bahagian, Ruhaida Abdul Hamid juga positif Covid-19.

Mereka semua menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dan keadaan dilaporkan stabil.

Berikutan itu, kaunter ujian saringan dibuka di Dewan Pusat Sivik Gua Musang untuk mereka yang ada kontak dengan pemimpin itu bagi melakukan saringan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 4:23 PM