Bomba menyelamatkan tiga lelaki yang terperangkap akibat kepala air di Jalan Ampang Pechah di Sungai Pertak hari ini.
Bomba menyelamatkan tiga lelaki yang terperangkap akibat kepala air di Jalan Ampang Pechah di Sungai Pertak hari ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Kubu Bharu: Tiga lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kepala air ketika berkhemah di Jalan Ampang Pechah, Sungai Pertak, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada 5.56 petang.

"Satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), pacuan empat roda dan bot penyelamat dikerahkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, terdapat tiga lelaki lelaki yang sedang berkhemah terperangkap akibat daripada kejadian kepala air yang datang secara tiba-tiba," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa kemudianya diselamatkan pada 7.55 malam.

"Operasi selesai selepas semua mangsa berjaya diselamatkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 11:39 PM