Laporan Harian Metro, sebelum ini.
Laporan Harian Metro, sebelum ini.
Omar Ahmad


Johor Bahru: Status agama Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar baru- baru ini, masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

"Masih dalam siasatan," katanya ringkas, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial wanita dari Johor yang berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Rabu lalu, kapten hoki India melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia.

Majlis resepsi perkahwinan diadakan di kampung halaman lelaki itu di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Berita berkaitan

Kerajaan akan panggil Illi Najwa

Kapten hoki India kahwini gadis Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 3:48 PM