NOOH. FOTO Arkib NSTP
NOOH. FOTO Arkib NSTP
Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Orang ramai diminta bersangka baik dan menunggu siasatan pihak berkuasa selesai daripada terus mensensasikan kisah perkahwinan Illi Najwa Saddique dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Dr Nooh Gadot berkata, orang ramai harus menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menasihati semua pihak supaya tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam mengulas isu itu.

"Orang ramai diminta bersabar dan jangan buat spekulasi yang bukan-bukan, tunggu dahulu siasatan pihak berkuasa berhubung isu ini.

"Kita perlu junjung titah Sultan Johor yang menitahkan siasatan menyeluruh dibuat berhubung isu membabitkan perkahwinan wanita berasal dari Johor ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pra Pelancaran Aplikasi Ode Jee dan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) Konsortium Ode Halal Asia di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad di sini, hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim dilaporkan menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita dari negeri itu yang dilaporkan berkahwin dengan pemain hoki warga India, minggu lalu.

Baginda dilaporkan bertegas mahu keabsahan agama wanita itu disahkan melalui ahli keluarganya di sini dan menerusi maklumat daripada kedutaan Malaysia di India.

Rabu lalu, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan Illi Najwa Saddique.

Pasangan itu menjalin hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Berita berkaitan

Isu Illi Najwa: Usah politikkan sensitiviti agama - Dr Zulkifli

Sultan Ibrahim minta tangani isu perkahwinan dengan bijak

JAINJ siasat perkahwinan Illi Najwa dan Manpreet [METROTV]

Illi Najwa mohon maaf, mengaku kejahilan dia dan suami

Masih dalam siasatan

Kerajaan akan panggil Illi Najwa

Kapten hoki India kahwini gadis Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 5:40 PM