imbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kiri) dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir (tiga, kiri) membuat tinjauan di Projek Ternakan Ikan Sangkar di Laguna Setiu Kampung Gong Batu, di Permaisuri, Setiu. FOTO NURUL FATIHAH SULAINI
imbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kiri) dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir (tiga, kiri) membuat tinjauan di Projek Ternakan Ikan Sangkar di Laguna Setiu Kampung Gong Batu, di Permaisuri, Setiu. FOTO NURUL FATIHAH SULAINI
Nurul Fatihah Sulaini


Permaisuri: Kerajaan sedia membantu penternak ikan kerapu hibrid yang sering berdepan risiko kematian ikan setiap kali tibanya musim tengkujuh di Terengganu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, limpahan air hujan berterusan mengakibatkan tahap kemasinan air di muara sungai menjadi tawar dan boleh menyebabkan ikan spesis itu mati.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memindahkan ikan spesis itu ke tempat pemindahan sementara bagi mengelakkan lebih banyak ikan mati.

"Kita sedia pertimbang permohonan penternak ikan untuk menambah dan membesarkan tempat pemindahan ikan sedia ada kerana tidak mampu menampung keperluan setiap kali musim banjir.

"Buat masa sekarang penternak menggunakan tempat pemindahan ikan sementara milik persendirian dan Jabatan Perikanan Terengganu," katanya ketika membuat tinjauan di Projek Ternakan Ikan Sangkar di Laguna Setiu Kampung Gong Batu, di sini, hari ini.

Sementara itu, wakil pengusaha, Johari Awang Besar berkata, kira-kira 30 daripada 61 pengusaha berdepan dengan ancaman ikan mati disebabkan masalah itu.

"Jumlah kolam pemindahan ikan sementara masih belum mencukupi dan berharap supaya dapat ditambah bagi menampung keperluan pengusaha ikan di sini," katanya.

Sebelum ini media melaporkan seramai 30 penternak ikan kerapu hibrid di kawasan berkenaan terpaksa memindahkan lebih 100,000 ekor ikan ke dalam kolam tangki khas bagi mengelakkan mereka berputih mata pada musim tengkujuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 11:00 AM