Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki warga Bangladeh yang maut selepas dihempap tiang cerucuk yang tiba-tiba runtuh ketika sedang melakukan kerja di sebuah tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat. FOTO Ihsan JBPM
Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki warga Bangladeh yang maut selepas dihempap tiang cerucuk yang tiba-tiba runtuh ketika sedang melakukan kerja di sebuah tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat. FOTO Ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad


Batu Kawan: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dihempap tiang cerucuk yang runtuh ketika sedang melakukan kerja di sebuah tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Md Shriful Islam, 33, bersama rakan sekerjanya warga Indonesia berusia 50 tahun dilaporkan sedang bekerja sebelum binaan konkrit itu menghempap mereka berdua.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

"Mangsa pertama iaitu warga Indonesia berjaya dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba dan dia segera dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

"Manakala mangsa kedua iaitu warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya berjaya dikeluarkan pada 11.02 pagi sebelum dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan pada 11.32 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 2:39 PM