Tangkap layar persidangan yang tertangguh sebentar tadi daripada YouTube Parlimen Malaysia.
Tangkap layar persidangan yang tertangguh sebentar tadi daripada YouTube Parlimen Malaysia.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, ditangguhkan kira-kira 15 minit selepas mendapat amaran kebakaran.

Ia berlaku ketika Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) bertanyakan soalan mengenai peranan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dalam membantu Felda bagi memastikan inisiatif Pertanian Pintar dapat dilaksanakan.

Speaker Datuk Azhar Azizan Harun kemudian memaklumkan penangguhan persidangan dan Ahli Parlimen kelihatan meninggalkan dewan.

Terdahulu, berlangsung sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang membabitkan antaranya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 10:35 AM