FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung, kawasan pedalaman dan pantai Barat Sabah serta Labuan hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan meliputi jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir PUteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu pula membabitkan Besut, Setiau, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Di Sabah, hujan lebat diramal berlaku di kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat diramal berlaku di beberapa daerah di Sarawak hari ini khususnya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Bintulu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 2:17 PM