Pasukan Bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor Bahru. FOTO Ihsan Bomba
Pasukan Bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor Bahru. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor bertambah semula kepada 69 orang dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, sehingga 8 pagi, PPS yang dibuka hanya membabitkan kawasan banjir kilat di Johor Bahru.

"PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai, menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga, manakala PPS di SK Kampung Pasir pula menempatkan 31 mangsa daripada sembilan keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di beberapa tempat membabitkan 10 daerah di negeri ini, sehingga petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 9:08 AM