KILANG perabot di Jalan Industri Kampung Baru Sungai Buloh di Sungai BulOh, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. FOTO Ihsan bomba
KILANG perabot di Jalan Industri Kampung Baru Sungai Buloh di Sungai BulOh, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. FOTO Ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Sungai Buloh: Dua kilang perabot di Jalan Industri Kampung Baru Sungai Buloh di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, pada 5.09 pagi tadi dan tiba di lokasi, jam 5.18 pagi.

Menurutnya, seramai 35 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Klang Utara dan BBP Subang Jaya, dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan dua kilang bangunan kelas C yang terbakar 90 peratus.

"Api dapat dikawal pada 6.17 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 9:31 AM