WARGA emas berusia 72 tahun melecur di badan. FOTO Ihsan Bomba
WARGA emas berusia 72 tahun melecur di badan. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Warga emas maut selepas rumah didiami di Taman Seri Manja di sini, hangus di jilat api, malam tadi.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa yang berusia 72 tahun didapati melecur 100 peratus di bahagian badan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.51 malam.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian api didapati sedang marak di tingkat satu rumah flat terbabit.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui mangsa di bahagian sudut dapur rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada 10.15 malam.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 12:52 AM