Oleh Mohd Sabran Md Sani

[email protected].

Johor Bahru: Rumah yang menjadi hostel pekerja hangus dalam kebakaran di Jalan Hutan Bakar, Masai Baru, 8.50 malam tadi.

Sumber bomba dan penyelamat berkata, tiga jentera bersama 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 8.56 malam.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah.

"Rumah kekal jenis satu tingkat itu dijadikan sebagai hostel pekerja dan tiada mangsa terbabit," katanya di sini, hari ini.

Siasatan dan punca kejadian sedang dijalankan termasuk jumlah kerugian, manakala api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 9.51 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 11:02 PM