GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Sebanyak 59 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di kawasan pembinaan di Seksyen U11 dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kejadian paip pecah itu berlaku berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga sehingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip.

"Berikutan kejadian paip pecah ini, 59 kawasan di Wilayah Klang/ Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Bantuan bekalan air melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu pengguna yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Kawasan yang terjejas di Klang dan Shah Alam ialah Ambang Botanik; Kampung Pulau Indah; Armada Putera; Bandar Bestari; Bandar Botanik; Bandar Bukit Tinggi 1; Bandar Bukit Tinggi 2; Bandar Parkland; Bandar Putera 2; Bandar Puteri; Berjaya Park; Bukit Kuda dan Jalan Batu 3 Lama; Glenmarie Cove; Glenn Cruise; Hospital Ampuan Rahimah; Jalan Kebun; Jalan Klang Banting; Jalan Raja Nong; Johan Setia.

Selain itu, kawasan lain ialah Kampung Teluk Gong; Kampung Pendamar; Kota Pendamar; Laguna Park; Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2; PKFZ; Pulau Ketam; Seksyen 15 hingga 20; Padang Jawa; Seksyen 23 hingga 25; Seksyen 7; Taman Bayu Mas; Taman Bayu Perdana; Taman Berembang; Taman Bijaya Kampung Jawa; Taman Desawan; Taman Klang Jaya; Taman Samudera; Taman Selatan; Taman Sentosa; Taman Sri Andalas; Taman Suria Pendamar; Taman Teluk Gedung Indah; Pelabuhan Barat serta Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Di Kuala Langat, kawasan yang terbabit ialah Batu 7 hingga 9 Sijangkang; Batu 9 Kampung Medan; Jalan Sijangkang Utama; Eco Santuary; Batu 9 Kebun Baru; Taman Perwira; Taman Seri Medan; Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 12:54 PM