Datuk Seri Hajiji Mohd Noor. FOTO Arkib NSTP
Datuk Seri Hajiji Mohd Noor. FOTO Arkib NSTP
Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi mengesahkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata sebelum ini Hajiji telah sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas seorang daripada kakitangannya didapati positif Covid-19.

"Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

"Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan seterusnya dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil.

"Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video," katanya.

Effendi turut menjelaskan kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.

Semalam, media melaporkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela dan perkara terbabit disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2020 @ 11:43 PM