SARJU Ahmad yang dilaporkan hilang sejak 28 September lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Sungai Balang Kecil di Semerah, Muar. FOTO ihsan PEMBACA
SARJU Ahmad yang dilaporkan hilang sejak 28 September lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Sungai Balang Kecil di Semerah, Muar. FOTO ihsan PEMBACA
Adnan Ibrahim


Kluang: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak empat hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Sungai Balang di Semerah, Muar.

Juwahir Sarju, 70, berkata, ayahnya Sarju Ab Samad, 96, keluar dari rumah kira-kira jam 10 pagi 28 September lalu dengan menunggang motosikal SYM nombor pendaftaran JSM 5722 berwarna Merah.

Katanya, ayahnya yang berbadan kurus dan ketinggian kira-kira 1.5 meter keluar dari rumah dengan memakai baju warna hijau, seluar panjang hitam dan berkopiah putih.

"Satu laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Parit Jawa, Muar pada jam 10.56 malam selepas mendapati ayah tidak pulang ke rumah.

"Kami menjangkakan ayah tidak akan bergerak lebih jauh daripada kampung kerana dia tidak menggunakan topi keledar walaupun ada penduduk melihatnya mengisi minyak di stesen minyak berdekatan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Juwahir, ayahnya mempunyai masalah pelupa dan percaya tidak menemui jalan pulang selepas bergerak jauh dari rumah pada hari kejadian.

"Sebulan lalu dia pernah hilang namun berjaya ditemukan penduduk Kampung Parit Maimon sebelum dihantar pulang.

"Namun kehilangan kali kedua ini agak lama dan usaha mencari di dalam kampung serta kampung berdekatan sehingga hari ini masih belum membuahkan hasil," katanya.

Juwahir berharap orang ramai yang mengetahui kedudukan ayahnya atau pernah melihat warga emas itu supaya menghubungi di 017-7969166 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 12:21 PM