Kawasan pencarian mangsa di sekitar Sungai Muar. FOTO Ihsan JBPM
Kawasan pencarian mangsa di sekitar Sungai Muar. FOTO Ihsan JBPM
Essa Abu Yamin


Muar: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas turun ke Sungai Muar untuk mencari kepah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa, Zainal Jerman, 61 dan anaknya Muhammad Azwan, 25, bersama dua individu lain pergi ke Sungai Muar menaiki bot.

"Mengikut maklumat awal, Zainal turun ke dasar (laut) terlebih dahulu sebelum dipercayai terlepas pegangan tali," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anaknya segera terjun ke sungai berkenaan sebelum kedua-duanya gagal ditemui hingga kini.

"Polis menerima laporan pada 3.55 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Dipercayai mangsa turun daripada bot yang dinaiki itu dengan jarak tiga kilometer dari muara sungai.

"Manakala, dua lagi individu yang turut berada dalam bot dilaporkan selamat dan akan dipanggil bagi memberikan keterangan . Usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 9:43 PM