Nor Jamilah Ahmad menunjukkan gambar terakhir dirakam di Pulau Jerjak semalam oleh anak saudaranya Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, (duduk, kiri), yang maut dalam kereta akibat keracunan karbon monoksida di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah. FOTO BERNAMA
Nor Jamilah Ahmad menunjukkan gambar terakhir dirakam di Pulau Jerjak semalam oleh anak saudaranya Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, (duduk, kiri), yang maut dalam kereta akibat keracunan karbon monoksida di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah. FOTO BERNAMA
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Keadaan pelajar jurusan farmasi Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, yang menerima rawatan akibat keracunan karbon monoksida di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, belum menunjukkan perkembangan positif.

Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan, hari ini berkata, Nur Aqilah kini diberi rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Unit Rawatan Hiperbarik hospital berkenaan.

"Pesakit dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang) pada tengah hari semalam bagi menerima rawatan kebuk mampatan hyperbaric (hyperbaric chamber).

"Pesakit masih dipantau dan diberi rawatan rapi dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan beliau yang belum menunjukkan perkembangan positif," katanya.

Difahamkan, hyperbaric chamber digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami keracunan gas dana beberapa komplikasi kesihatan lain.

Nor Aqilah adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian keracunan karbon monoksida berkenaan.

Dalam kejadian pada 1 pagi semalam, empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, bersama pasangan kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah berhenti rehat di stesen minyak di Sama Gagah, Lebuhraya PLUS arah utara dekat Permatang Pauh.

Mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Jerejak, Pulau Pinang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Empat mangsa yang menuntut di sebuah kolej kejururawatan di Batu Caves itu kemudian ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Manakala, Nor Adilah meninggal dunia pada jam 4.23 petang selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Dalam pada itu, tinjauan Harian Metro di hospital berkenaan mendapati orang awam tidak dibenarkan masuk untuk melawat hospital berkenaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Safwan Yaacob ketika dihubungi berkata, dia sekeluarga kini berada di Sungai Petani bagi menguruskan pengebumian Nor Adilah.

"Setakat ini tiada ahli keluarga berada di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kerana kami sedang menguruskan (pengebumian) Nor Adilah di Sungai Petani.

"Hanya anak saudara saya yang akan memaklumkan perkembangan terkini keadaannya di sana," katanya.

Berita berkaitan

Nor Aqilah masih kritikal

'Hati mula risau, hubungi anak tak dapat'

Kebocoran ekzos disyaki punca tragedi

Seorang lagi mangsa keracunan karbon monoksida maut

Pemandu pening kepala, muntah

Bapa sendiri jumpa anak, rakan

2 sahabat maut, 2 kritikal lemas karbon monoksida

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 7:24 PM