ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan bomba
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Seorang lelaki maut manakala enam ahli keluarganya cedera parah selepas Perodua Viva dinaiki terbabas ke dalam parit di Kampung Sengkuang, Sri Gading, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, dalam kejadian jam 2.31 petang itu, Mohd Aisamuddin Kasmuni, 32, tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Penumpang di hadapan, Nurul Uyun Mad Sharif, 20, dan lima lagi penumpang belakang, Nor Aina Abu Bakar, 19, Mohd Aiman Ashraf Abu Bakar, 17, Nor Natrah Nor Rahim, 16, dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak dapat dikenali identiti masing-masing berumur tiga dan satu tahun cedera.

"Mayat diserahkan kepada polis manakala semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk diberikan rawatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seramai 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan Yong Peng dihantar ke tempat kejadian.

"Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 4.25 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 9:45 PM