MANGSA banjir di Kampung Parit Abu Hassan Ban mula berpindah ke PPS di SK Alor Pongsu, malam ini. FOTO ihsan APM
MANGSA banjir di Kampung Parit Abu Hassan Ban mula berpindah ke PPS di SK Alor Pongsu, malam ini. FOTO ihsan APM
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Seramai 15 lagi mangsa banjir dari Mukim Beriah, Alor Pongsu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kedua dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu, malam ini.

Difahamkan semua mangsa banjir dari empat keluarga di Kampung Parit Abu Hassan Ban itu mula berpindah ke PPS itu selepas ia dibuka pada 7 malam.

Kampung berkenaan dilanda banjir pada 6 petang sebelum empat keluarga berkenaan mula berpindah ke PPS berikutan kediaman mereka dinaiki air.

Pertambahan itu menjadikan jumlah mangsa banjir di dua PPS termasuk di SK Parit Haji Aman kini 92 orang membabitkan 38 keluarga.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian berkata, seramai 41 anggota dari pelbagai agensi mula ditempatkan di dua PPS berkenaan bagi memastikan keadaan terkawal selain memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 11:04 PM