FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Oleh Omar Ahmad


Johor Bahru: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pagi tadi, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.

Menurut sumber, suspek berusia 39 dan isterinya, 37, yang juga suri rumah ditahan di Pejabat SPRM Johor jam 10.15 pagi tadi.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, suspek menggunakan kedudukannya sebagai Pegawai Kawasan di LPNM dengan memilih isterinya sebagai pembekal benih baja nanas pada 2014 dan 2015 berjumlah lebih RM65,000 yang mana pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18, 23 dan 28 Akta SPRM 2009, sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 1:57 PM