LELAKI berusia 55 tahun maut selepas terjatuh dari lubang lif tingkat lima sebuah tapak pembinaan. FOTO Ihsan Bomba
LELAKI berusia 55 tahun maut selepas terjatuh dari lubang lif tingkat lima sebuah tapak pembinaan. FOTO Ihsan Bomba
Zuhainy Zulkiffli


LELAKI berusia 55 tahun maut selepas terjatuh dalam lubang lif dari tingkat lima sebuah tapak pembinaan di Lintang Kampung Melayu, Air Itam di Georgetown, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.24 petang tadi.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi lelaki terbabit didapati terjatuh dalam lubang lif di tapak pembinaan berkenaan.

"Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat," katanya kepada NSTP, hari ini.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) bagi tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 9:31 PM