GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di lereng Bukit Bendera, Ayer Itam, hari ini.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Ooi Hock Eng, 51, dari Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.39 pagi..

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika di lokasi, didapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan lereng bukit berkenaan.

"Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada NSTP, hari ini.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 8:24 AM