Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum susur masuk Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Segambut. FOTO Ihsan JBPM
Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum susur masuk Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Segambut. FOTO Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi


SEORANG lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum susur masuk Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Segambut, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5:29 pagi, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Mohd Haikal Md Kasdi berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba Sentul bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), dengan kekuatan tujuh anggota lain-lain pangkat dikejarkan ke lokasi.

Setibanya dilokasi kejadian, sebuah kereta Proton Persona telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

"Ia mengakibatkan pemandu kereta seorang lelaki berusia 25 tahun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seterusnya mangsa yang dibawa keluar diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 8:16 AM