NGUANG Seng (kiri) menerima pelitup muka daripada wakil bekas pelajar, Sulaiman Bohari.
NGUANG Seng (kiri) menerima pelitup muka daripada wakil bekas pelajar, Sulaiman Bohari.

PELAJAR Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Matu kini mendapat manfaat kegunaan Projektor LCD dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) hasil sumbangan RM20,000 Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Sumbangan itu .

Pengetua SMK Matu, Nguang Seng, berkata melalui sumbangan menerusi inisiatif bekas pelajar SMK Matu-Daro iaitu Kumpulan 1972-77, pihaknya membeli lima Projektor LCD bernilai RM8,000.

"Sebahagian lebihan sumbangan itu digunakan untuk membeli buku rujukan bagi murid SPM," katanya dalam ucapan pada majlis ringkas penyerahan sumbangan itu oleh rombongan wakil Kumpulan 1972-77 SMK Matu-Daro, diketuai Sulaiman Bohari.

Bagaimanapun, Ahmad Johnie yang juga Penaung Grup 1972-77 tidak dapat hadir kerana menghadiri sidang Parlimen di Kuala Lumpur.

Dalam ucapan balasnya, Sulaiman berkata, majlis itu sepatutnya diadakan 13 April lalu tetapi ditunda kerana pandemik Covid-19.

"Dalam program awal, kami merancang untuk turut memberi ceramah motivasi kepada pelajar yang disampaikan oleh bekas pelajar yang berjaya.

"Namun, program ini turut ditunda sehingga masalah Covid-19 berakhir bagi memastikan keselamatan semua," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK MATU, Norhayati Abang Daud, berterima kasih kepada Ahmad Johnie atas sumbangan yang diberi.

"Wang ini telah digunakan oleh pihak sekolah membeli keperluan untuk anak didik meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam peperiksaan dalam transformasi pendidikan.

"PIBG juga berharap agar pihak alumni terus dapat membantu PIBG dan pihak sekolah pada masa akan datang sama ada dari buah fikiran atau sumbangan seperti hari ini demi anak-anak SMK Matu," katanya.

Pada majlis itu Persatuan Melanau Sarikei (PMSi) turut menyumbang pelitup muka yang turut disampai oleh Sulaiman merangkap Pengerusi PMSi kepada pihak sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 10:49 AM