LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Nur Izzati Mohamad


PERSELISIHAN faham berkaitan dadah dipercayai motif seorang lelaki membunuh rakannya dengan melanggar dan memukul mangsa di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Dahlia, Butterworth, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan lanjut masih diteruskan .

"Buat masa ini, siasatan awal mendapati punca yang berlaku disebabkan perselisihan faham berkaitan dadah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 36 tahun itu masih dalam tahanan reman tujuh hari sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi semalam, seorang lelaki 43 tahun meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh suspek dengan kereta sebelum mangsa diseret sejauh 15 meter.

Suspek kemudian keluar daripada kenderaannya dan memukul mangsa beberapa kali hingga tidak sedarkan diri.

Berita berkaitan:

  • Langgar, pukul rakan hingga mati
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 2:11 PM