Kakitangan SEB bersama pegawai JSJ IPD Serian membuat pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian. FOTO MELVIN JONI
Kakitangan SEB bersama pegawai JSJ IPD Serian membuat pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


ENAM kedai beroperasi 24 jam di Serian dipotong bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam operasi bersama pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Serian semalam.

"Pemotongan bekalan elektrik dilakukan ke atas kedai terbabit yang kerap diserbu polis kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandy berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis terbabit dilakukan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 3:06 PM