GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Juwan Riduan


LABUAN: Seorang gadis berusia 18 tahun yang disyaki menggugurkan kandungannya ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Labuan, di sini, semalam.

Gadis terbabit ditahan pada jam 3.36 petang selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital yang memaklumkan suspek dipercayai mengambil sejenis ubat.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, gadis terbabit pergi ke Hospital Labuan jam 7.45 pagi bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, gadis terbabit ke hospital dan melahirkan bayi sebelum pihak hospital mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.

"Suspek dipercayai mengambil sejenis ubat dipercayai untuk tujuan mengugurkan kandungan pada bulan Mei lalu dan kali terakhir pada Selasa lalu.

"Mayat bayi lelaki cukup sifat itu seberat 1.04 kilogram dan dianggarkan berusia tujuh bulan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Farid berkata, suspek kini masih ditahan di wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 315, Kanun Keseksaan.

"Jika disabit kesalahan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua -duanya," katanya,

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 4:50 PM