Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
Maiamalina Mohamed Amin dan Amir Abd Hamid


PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan pada 3.30 petang, lebih awal daripada kebiasaan, selepas kelulusan usul pelantikan enam ahli Jawatankuasa Pemilih yang baharu menggantikan ahli sebelum ini.

Ia susulan kekecohan yang berlaku disebabkan perkataan 'gelap' oleh Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim (BN-Baling) ketika pencelahan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang disifatkan rasis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, persidangan akan disambung semula pada 10 pagi esok.

Terdahulu, usul pelantikan enam ahli Jawatankuasa Pemilih yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan diluluskan sebulat suara tanpa dibahaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 3:50 PM