Hafidzul Hilmi Mohd Noor


AGENSI berita, Al Jazeera mempertahankan dokumentari 101 East bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' adalah dilaporkan secara adil dan saksama.

Peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik berkata, agensi berita itu tetap berpendirian bahawa dokumentari mingguan 101 East mempunyai reputasi kerana menghasilkan kewartawanan yang berkualiti tinggi serta mendalam.

"Episod 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' mengandungi pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia.

"Seperti yang dinyatakan dalam filem itu, Al Jazeera mengiktiraf bahawa tindakan Malaysia telah berjaya membendung penularan Covid-19," katanya ketika ditemui media di Bukit Aman, hari ini.

Mengulas berhubung rakaman keterangan yang diambil oleh kakitangan Al Jazeera, Hisham berkata, semua anak guamnya memberi kerjasama yang baik di atas siasatan yang dijalankan.

"Namun saya tidak akan mendedahkan berapa ramai yang diambil keterangan atas faktor keselamatan.

"Al Jazeera juga bersifat profesional dan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dilakukan oleh polis," katanya.

Bagaimanapun, dokumentari yang berdurasi 25 minit 50 saat itu dikritik rakyat Malaysia memandangkan ia mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Covid-19.

HISHAM Teh. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
HISHAM Teh. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Berita berkaitan:

  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 11:03 AM