APMM Kelantan memperluaskan lagi operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam yang masih hilang di Muara Kuala Kemasin. FOTO BERNAMA
APMM Kelantan memperluaskan lagi operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam yang masih hilang di Muara Kuala Kemasin. FOTO BERNAMA
Nor Amalina Alias


AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membuat selaman kali ketiga di bot terbalik yang ditempatkan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Besar, hari ini

Ia dibuat pada 1.05 tengah hari susulan aduan orang awam yang mendakwa terhidu bau busuk dari bot berkenaan.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pemeriksaan dilakukan di bahagian dalam bot yang panjang 15.4 meter, lebar 4.37 meter dan kedalaman 1.29 meter, serta mengambil masa 34 minit.

"Kita terima aduan bau busuk itu pada 10.30 pagi dan mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kali ketiga di bot, namun setakat ini belum ada mangsa dijumpai di dalamnya.

"Walau apapun aduan yang dibuat, kita akan ambil kira dan jalankan pencarian semaksimum mungkin bagi mengesan tiga lagi mangsa," katanya pada sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

Muhd Nur Syam berkata, meskipun penemuan mereka negatif, pemeriksaan rapi turut dilakukan dengan bantuan anak pemilik bot dan tujuh nelayan tempatan bagi memastikan benar-benar tiada mangsa.

Katanya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga membantu dengan mengepam keluar air dari dalam bot.

"Kita akan teruskan pencarian ke sektor yang difikirkan logik dan untuk pengetahuan, satu bot Maritim Malaysia hampir karam ketika pencarian. Ini antara cabaran yang kami hadapi," katanya.

Menurutnya, operasi dipergiatkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis marin dan nelayan tempatan.

Memasuki hari ke-empat operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu, pihaknya turut membawa dua pegawai wanita untuk menyantuni isteri dan ahli keluarga mangsa untuk memberi sokongan emosi kepada mereka.

Katanya, jika mangsa belum dijumpai, pihaknya bercadang menempatkan lagi pegawai dan anggota bagi menjaga emosi keluarga mangsa sepanjang SAR.

"Setakat ini, kami lihat ahli keluarga mangsa sangat tabah dan kita juga harapkan kerjasama komuniti laut lain untuk sama-sama bantu cari mangsa," katanya.

Berita berkaitan

  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 8:52 PM