Hafidzul Hilmi Mohd Noor


JUMLAH tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan tidak boleh melebihi 250 orang pada satu-satu masa, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ramai yang keliru berhubung perkara ini. Ada yang bertanya adakah masih 20 individu sahaja dibenarkan.

"Di sini saya ingin jelaskan jumlah tetamu dibenarkan tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis perkahwinan serya akad nikah di masjid, dewan, rumah dan sebagainya," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kehadiran itu juga tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang lokasi majlis berlangsung selain tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, kebenaran jumlah tetamu bagi majlis perkahwinan itu juga sama bagi kelolaan rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.

Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 3:20 PM