Dua buah kepala keretapi penyelenggaraan jalan keretapi  bertembung di kilometer 260,  dilandasan   Stesen Keretapi Chegar Perah  pada  jam 9. 30  pagi tadi.   FOTO  Ihsan Balai Bomba Lipis.
Dua buah kepala keretapi penyelenggaraan jalan keretapi bertembung di kilometer 260, dilandasan Stesen Keretapi Chegar Perah pada jam 9. 30 pagi tadi. FOTO Ihsan Balai Bomba Lipis.
Roselan Ab Malek


TIGA lelaki cedera apabila dua kepala kereta api yang melakukan penyelenggaraan bertembung di landasan berhampiran Stesen Keretapi Chegar Perah dekat Lipis, hari ini.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, dua lelaki hanya cedera ringan manakala seorang parah apabila tersepit di dalam kereta api terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya mendapati dua kepala kereta api berkenaan bertembung sebaik tiba di lokasi selepas menerima panggilan.

"Dua lelaki sudah dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pihak bomba tiba, manakala seorang masih tersepit.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, operasi membabitkan seramai 15 anggota dari BBP Lipis dan BBP Sungai Koyan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 3:49 PM