ANTARA individu diperiksa pada Operasi Mabuk dan Pencegahan Jenayah di sekitar Petaling Jaya, semalam. FOTO ihsan Polis
ANTARA individu diperiksa pada Operasi Mabuk dan Pencegahan Jenayah di sekitar Petaling Jaya, semalam. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


PENGAMAL perubatan antara lima lelaki yang ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol pada Operasi Mabuk dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.

"Seramai 508 pengguna jalan raya dan 356 kenderaan diperiksa. Hasilnya, kami menahan lima pemandu termasuk seorang pengamal perubatan berusia 26 hingga 61 tahun yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kami turut mengeluarkan 36 saman atas pelbagai kesalahan trafik," katanya pada kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Fokus utama operasi adalah bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya memandu kenderaan atau menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 2:01 PM