FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Melvin Joni


GURU mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching, semalam atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid berusia 12 tahun.

Tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Lelaki terbabit berdepan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Guru itu juga didakwa melakukan seks oral dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia juga dituduh melakukan seks luar tabie terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara April hingga Ogos 2019 di bilik stor dan tandas lelaki di sebuah sekolah di Petra Jaya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, manakala tertuduh diwakili peguam, Simon Siah.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin dengan jaminan mahkamah berjumlah RM10,000 dan jaminan tunai RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 6:45 PM