Laporan portal Harian Metro
Laporan portal Harian Metro
Noor Hidayah Tanzizi


EJEN insurans yang parah ditetak pelanggan baru dikenalinya di sebuah rumah di Lumut, semalam, kini dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa berusia 20-an kini sedang dirawat di Hospital Seri Manjung

"Mangsa berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan.

"Kedua-dua lelaki itu juga baru saja mengenali antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Nor Omar berkata, suspek berusia 20-an direman tujuh hari bermula hari ini hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan, akibat salah faham, lelaki parah di muka dan tangan selepas ditetak seorang pelanggan insurans dikenalinya dalam kejadian pada 12 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian itu, suspek melarikan diri dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ke arah Sitiawan dan memandu secara melulu hingga melanggar enam kenderaan lain.

Dia kemudian meninggalkan kenderaan itu dan melarikan diri ke kawasan berhampiran, sebelum melarikan Proton Saga BLM milik seorang wanita.

Berita berkaitan:

  • Tetak pelanggan, langgar 6 kenderaan, larikan kereta
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 7:46 PM