GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Noor Hidayah Tanzizi


LELAKI yang ditahan berkaitan kes tetak seorang ejen insurans di sebuah rumah di Lumut pada 7 Jun lalu disambung reman tujuh hari lagi bermula hari ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia 20-an itu masih dirawat di Hospital Seri Manjung.

Reman lelaki kes berkenaan disambung selepas tempoh reman tujuh harinya berakhir hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek berusia 20-an itu direman hingga 21 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.

Sebelum ini dilaporkan salah faham menyebabkan lelaki parah di muka dan tangan selepas ditetak seorang pelanggan insurans yang baru dikenalinya dalam kejadian pada 12 tengah hari.

Dalam kejadian itu, suspek kemudiannya melarikan diri dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ke arah Sitiawan dan memandu secara melulu hingga melanggar enam kenderaan lain.

Dia kemudian meninggalkan kenderaan itu dan melarikan diri ke kawasan berhampiran, sebelum melarikan Proton Saga BLM milik seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi

Berita berkaitan

Ejen insurans ditetak pelanggan stabil

Tetak pelanggan, langgar 6 kenderaan, larikan kereta

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 3:54 PM