Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim


KERAJAAN akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

"Kerajaan ingin menyarankan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri.

"Aplikasi ini juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
Dr Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan yang akan bekerja di Singapura menggunakan aplikasi berkenaan.

"Begitu juga, ramai yang tidak mahu menulis nama dan nombor telefon ketika berkunjung ke premis perniagaan boleh memuat turun aplikasi itu dan mendapatkan QR Code.

"Jadi tidak perlulah lagi menulis maklumat lengkap di buku pendaftaran," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 3:10 PM