Murni Wan Omar dan Suraya Roslan


KEBENARAN menunaikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid hanya tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja dan warga asing tidak dibenarkan menyertainya.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaik kerajaan mengumumkan kelonggaran solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid, ianya khusus buat rakyat Malaysia sahaja.

"Apabila kita sebut kerajaan membenarkan (solat berjemaah dan Jumaat) tertakluk kebenaran dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri beraja keputusan bergantung kepada Sultan di negeri masing-masing.

"Sebaik kita umum kelonggaran ini semalam, ia tidak termasuk warga asing dan hanya untuk warganegara Malaysia saja.

"Pertamanya, mungkin isu membabitkan warga asing yang positif Covid-19 lebih tinggi di negara kita dan kedua jika warga asing memenuhi masjid, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melakukan ibadah itu," katanya.

Katanya, setakat ini kebenaran solat berjemaah dan Jumaat hanya untuk rakyat Malaysia saja.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 2:56 PM
    IMAM Tua Masjid Sultan Muhammad II Ahmad Yunoh mengimamkan solat Jumaat di Masjid Sultan Muhammad II di Telipot, kelmarin.Kelantan membenarkan solat Jumaat dilakukan oleh 40 ahli jemaah masjid sahaja. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
    IMAM Tua Masjid Sultan Muhammad II Ahmad Yunoh mengimamkan solat Jumaat di Masjid Sultan Muhammad II di Telipot, kelmarin.Kelantan membenarkan solat Jumaat dilakukan oleh 40 ahli jemaah masjid sahaja. FOTO Nik Abdullah Nik Omar