GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sifatkan tindakan kerajaan tidak benarkan warga asing yang negatif Covid-19 untuk menunaikan solat di masjid adalah tidak wajar.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan berkenaan.

Katanya, MAPIM melihat keputusan itu sebagai satu diskriminasi yang tidak wajar dan tuntutan agama tidak boleh dikompromi jika semua syarat sudah dipenuhi.

"Kami bersetuju supaya semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.

"Kami menegaskan bahawa isu ini sepatutnya dirujuk kepada Menteri Agama, Mufti serta Majlis Agama Negeri.

"Sudah tentu ia perlu diputuskan oleh Sultan di negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata kelonggaran syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warga tempatan sahaja.

Menurut Ismail Sabri hal ini kerana isu positif Covid-19 dalam kalangan warga asing lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.

Berita berkaitan:

  • Solat berjemaah untuk rakyat Malaysia [METROTV]
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 12:10 PM