BAYI perempuan ditemui di Jalan Sentosa, Kampung Dato Onn. FOTO ihsan pembaca
BAYI perempuan ditemui di Jalan Sentosa, Kampung Dato Onn. FOTO ihsan pembaca
Nurul Amanina Suhaini


BAYI perempuan yang masih bertali pusat ditemui di Jalan Sentosa, Kampung Dato Onn, Johor Bahru, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzil Mohd Zain berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima panggilan daripada lelaki tempatan jam 8.30 pagi memaklumkan menjumpai bayi perempuan cukup sifat dan dalam keadaan baik di hadapan rumahnya.

"Siasatan awal polis mendapati bayi perempuan terbabit dijumpai ketika lelaki itu keluar untuk berkerja di dalam bungkusan kain putih.

"Bayi perempuan yang cukup sifat itu berusia kurang 24 jam dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek yang meninggalkan bayi perempuan itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Adila Zainuddin di talian 019-4039257 atau 07-2182222 (pejabat)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 6:57 PM