GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

SERAMAI 9,975 pekerja di Johor disaring menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan keputusan mendapati mereka negatif jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, PSP disediakan khusus oleh Perkeso untuk majikan dan pekerja melakukan saringan Covid-19 secara percuma di fasiliti swasta terpilih.

Katanya, mengikut data diterima Perkeso Johor, sebanyak 93,302 permohonan diterima menerusi portal PSP Johor sehingga 10 Mei lalu.

"Daripada jumlah itu, 66,632 adalah permohonan daripada pekerja tempatan manakala 26,670 membabitkan pekerja asing.

"Di Johor seramai 9,975 pekerja disaring di bawah program ini. Keputusan saringan bagi kesemua pekerja berkenaan adalah negatif Covid-19," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengenai bantuan kepada majikan dan pekerja terkesan dengan Covid-19 yang disalurkan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan Perkeso Johor, Vidyananthan berkata sehingga 22 April lepas sebanyak 3,533 permohonan daripada majikan di negeri ini yang mencarum dengan Perkeso diterima membabitkan 28,853 pekerja.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 4:41 PM