Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas dilantik sebagai Speaker DUN Melaka yang baharu hari ini.
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas dilantik sebagai Speaker DUN Melaka yang baharu hari ini.
Amir Mamat


PENGERUSI Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu hari ini.

Pelantikannya dibuat ketika Sidang DUN Melaka yang dipengerusikan sementara oleh Datuk Wira Ghazale Muhamad (BN-Rim).

Ab Rauf dilantik selepas mendapat sokongan majoriti 16 daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN), manakala semua wakil pembangkang pula tidak hadir.

Usul pelantikan itu dibacakan Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali dan disokong Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) serta mendapat sokongan 15 Adun kerajaan yang lain.

Berita berkaitan

Tukar Speaker, Sidang DUN Melaka kecoh


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 11:54 AM