PUTRAJAYA 08 MAY 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
PUTRAJAYA 08 MAY 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


"SEGALA penerangan dan perkembangan terkini mengenai Covid-19 telah diberikan sebaik mungkin.

"Kita berharap kebijaksanaan ahli jawatankuasa muzakarah untuk membuat sebarang keputusan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham sebelum itu menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), hari ini, bagi membincangkan mengenai perkembangan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

Katanya, beliau melakukan pembentangan terkini wabak itu selain menjawab segala persoalan mengenainya.

"Saya menerangkan perkembangan Covid-19 di negara ini dari mula sehingga kini dan juga bagi tempoh jangkaan antara dua minggu hingga empat minggu akan datang.

"Ada banyak perbincangan dijalankan dan saya menjawab semua soalan sedia ada, kemusykilan dan sebagainya," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada isu solat jumaat, solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri antara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, beliau berkata, sebarang keputusan dari mesyuarat itu akan dibentangkan di Majlis Raja-Raja.

Terdahulu, media melaporkan, cadangan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, cadangan itu sudah diteliti Kabinet dalam mesyuarat sebelum ini dan melakukan beberapa penambahbaikan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 5:40 PM