PENGURUSAN kanan MPB bertemu Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.
PENGURUSAN kanan MPB bertemu Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.
Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my


PENGURUSAN kanan Media Prima Berhad (MPB), hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, petang tadi.

Mereka diketuai Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Syed Hussian Aljunid dan turut disertai Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Kunjungan hormat kira-kira setengah jam itu, antara lain memperkukuhkan lagi hubungan antara kumpulan media terbesar di negara ini dan Kerajaan.

Turut serta dalam pertemuan itu, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Interim The New Straits Times Press Malaysia Berhad, NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor dan Pengarang Urusan, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB, Mohamad Firdaus Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 9:25 PM